Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksVokasional dan Latihan Kemahiran

Sejarah

  • Pada 07hb September 2015 – Bahagian Latihan Vokasional dan Kemahiran telah ditubuhkan.
  • Sebelum tertubuhnya program-program latihan vokasional dan kemahiran ianya ditadbir oleh Institusi-institusi Jabatan Penjara.


Pengenalan
  •  Bahagian ini akan berperanan dalam memperkembangkan program-program latihan vokasional dan kemahiran di ketiga-tiga institusi.
  • Program latihan vokasional dan kemahiran dijalankan dengan berkerjasama bersama Pegawai Yang Menjaga dan Bahagian Pemulihan di Institusi masing-masing.


 Peranan

  • Bertanggung jawab dalam merancang program Latihan Vokasional dan Kemahiran.
  • Menilai dan mengenal pasti kemahiran dan minat setiap banduan untuk mengikuti program latihan vokasional dan kemahiran.
  • Menyediakan sukatan pelajaran dan program latihan vokasional dan kemahiran.
  • menyediakan laporan bulanan, suku tahunan mengenai perkembangan latihan banduan serta penilaian kemajuan banduan. 
  • Menyimpan inventori bekalan, kelangkapan dan pemasaran produk latihan vokasional dan kemahiran. Menyelia dan memastikan pesanan barang-barang dan keperluan vokasional teratur.
  • Memeriksa dan memastikan peralatan/kelangkapan latihan vokasional sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan pada setiap masa.
  • Memberikan ilmu pengetahuan kepada Penghuni dari segi Teori dan praktikal.
  • Mengundang pakar-pakar tenaga pengajar untuk memberikan pengajaran kepada banduan-banduan.
  • Memantau kualiti penghasilan-penghasilan produk bahagian Latihan Vokasional dan Kemahiran sebelum dipasarkan.
  • Memastikan sasaran jualan dan penghasilan bulanan bagi setiap program dapat dicapai. (sasaran tahunan kutipan hasil : $20, 000).
  • Merancang dan mencari idea-idea baru untuk menghasilkan produk-produk yang terkini yang boleh dipasarkan.
  • Menerima borang permohonan tempahan Jabatan dan orang awam dari masa ke semasa serta menyusun dan mencatat didalam fail.
  • Mengurus, menyelenggara dan bertangungjawab dalam aspek keselamatan, kebersihan dan kecerian di bengkel.


 Kesimpulan

  • Latihan Vokasional dan Kemahiran adalah perkara yang paling penting dalam program pemulihan. 
  • Penghuni diberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar penghuni dapat hidup berdikari setelah dibebaskan.
  • Disebalik untuk penghasilan akan tetapi membawa pendorongan untuk membuatkan banduan bersedia selepas dibebaskan dengan mengunakan pendekatan kemahiran yang diberikan.
  • Manakala penghasilan pengeluaran barangan dan perkhidmatan adalah semata-mata atas usaha mereka.