Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGerakan Khas

SEJARAH RINGKAS


Pada 1 Mac, 1997, Unit Gerak Khas Penjara telah ditubuhkan dengan tujuan meningkatkan profersonalisma pegawai-pegawai Jabatan Penjara demi memantapkan kawalan dan keselamatan yang sedia ada kearah yang lebih terjamin dan terkawal. Pada September, 2000 Unit Gerakan Khas Penjara dinaikkan tarafnya dibawah kawalan Timbalan Pengarah Penjara yang mana sebelum ini di bawah kawalan Bahagian Keselamatan dan digelar "Gerakan Khas Penjara".

 

VISI

Sentiasa memberi khidmat dan bersedia menengani sebarang kekecohan yang berlaku di institusi Institusi Penjara dan beroperasi lengkap dengan taktik dan strategi.


MISI

Memberi kesegaran dalam mata pelajaran yang telah dipelajari dan disalurkan dengan nota kepada anggota yang baru dan juga dari agensi luar yang mana pada dasarnya mengajar mereka tentang Penahanan dan Pengawalan.

 

 

Tugas dan Tanggungjawabnya ialah membantu tugas-tugas kawalan dan keselamatan di seluruh Institusi penjara mengikut keperluan manakala tugas-tugas utama mereka ialah memantapkan ketahanan fizikal melalui latihan-latihan jasmani , memahirkan diri dalam segala teknik mempertahankan diri dan pasukan melalui latihan-latihan :-

  • Kawad-kawad Rusuhan.
  • Pengendalian peralatan dan senjata rusuhan.
  • Pengunaan senjata api.
  • Control & Restraint
  • Latihan & Kefahaman Fizikal (B.F.T, Circuit Training, 2.4KM Run, Weight Training,I.P.P.T, CFT & Obstacle Course).

 

Sebagai pasukan yang ditugaskan untuk menjadi benting atau barisan hadapan apabila berlaku kecemasan maka latihan dan kemahiran yang khusus adalah perlu dan sentiasa dititik beratkan dimana anggota-anggota sudah setentunya berhadapan dengan risiko yang tinggi jika tidak diberi latihan yang cukup dengan anggota yang berkhemah tinggi, kelengkapan dan peralatan yang mencukupi serta keistemewaan dan kebajikan yang berpatutan ianya tidak dapat melaksanakan peranannya seperti mana yang dihasratkan. Maka kearah itu langkah secara berperingkat-peringkat untuk kemajukan, memantapkan dan mengemaskinikan perlu di buat dari masa kesemasa.


Sejak tertubuhnya Gerakan Khas Penjara pada 1 March, 1997 dengan dianggotai seramai 8 orang. Yang mana pada masa itu ianya di anggotai satu (1) orang Pegawai Penjara, satu (1) orang Koperal wadar dan Enam (6) orang Wadar. Pada bulan Ogos 1997 hingga bulan Oktober 1997 anggota-anggota ini telah dihantar menjalani kursus Singapore Prisons Emergency Action Responce (S.P.E.A.R) Di Penjara Singapore selama tiga ( 3 ) bulan. Bagi mengatasi atau menghadapi permasalahan di Penjara Wanita pada 1 Mac, 1998  seramai 3 oarang anggota wanita telah diserapkan ke Unit Gerakan Khas. Dan semenjak itu sebahagian anggota Gerakan Khas Penjara dihantar menjalani kursus di Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei dan pasukan Polis DiRaja Brunei untuk menjalani kursus yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab bahagian ini.


Gerakan khas Penjara adalah pasukan barisan hadapan ( front-line ) yang akan bertindak awal secara proaktif untuk mencegah dan menangani sebarang insident atau kejadian kecemasan yang mengancam keselamatan institusi-Institusi Jabatan Penjara seperti pelarian, rusuhan, pergaduhan, kebakaran dan sebagainya. Selain daripada itu tugas harian anggota Gerakan Khas Penjara mengiring banduan dan tahan lelaki Jagaan Khas ( high-risk prisoners ) keluar ke Hospital, Mahkamah dan ketempat-tempat yang diarahkan dari pihak-pihak berkenaan.

 

Pada masa ini keramaian anggota Gerakan Khas berkembang  kepada 25 orang  yang dianggotai oleh Satu ( 1 ) orang Ketua Pegawai Penjara, Satu ( 1 ) orang Pegawai Penjara, Enam ( 6 ) orang Sarjan Wadar, Tiga ( 3 ) orang Koperal Wadar, dan 13 orang Wadar  termasuk 2 orang anggota wanita. Bagi melancarkan lagi system tugas dan tanggungjawab bahagian ini, ianya dibahagikan kepada beberapa unit seperti Unit Latihan, Unit Pengawalan dan Operasi, Unit Kenderaan dan Stor.