Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LARIAN REINTEGRASI 2019 SEMPENA MEMPERINGATI PENUBUHAN JABATAN PENJARA KE 65 TAHUN 2019 DI TAMAN HAJI SIR MUDA OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN, BANDAR SERI BEGAWAN

2019-04-30_142202.jpg

Ahad 14 April 2019,

Jabatan Penjara dengan kerjasama Jawatankuasa Aftercare Brunei Darussalam dan Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam serta pihak yang berkenaan daripada Agensi Kerajaan dan Pertubuhan bukan Kerajaan telah mengungkayahkan Larian Reintegrasi Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara ke 65 Tahun dengan menjemput orang ramai serta lapisan masyarakat di Negara Brunei Darussalam dan rakan-rakan seliaan.

Tema Larian "Ke Arah Perubahan Yang Lebih Baik" ( Change For Better) adalah hasrat pihak Jabatan supaya Rakan Seliaan ( Bekas Penghuni) akan menjadi orang yang berguna dan bertanggungjawab serta berbakti kepada Keluarga, Ugama, Bangsa dan Negara.

Objektif Larian Reintegrasi 2019 ini diungkayahkan adalah untuk memberikan kefahaman dan kesedaran setiap lapisan masyarakat agar bersama-sama komited terhadap proses reintegrasi rakan-rakan seliaan dalam keluarga dan masyarakat ini agar menjadi individu yang berguna dan bertanggungjawab. Disamping itu juga membantu menangani dan menghadapi masalah 'stigma sosial' apabila berhadapan dengan keluarga atau masyarakat yang tidak menerima mereka serta mengurangkan risiko rakan-rakan seliaan daripada mengulangi jenayah.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan perlepasan peserta-perserta bagi semua kategori larian oleh Tetamu kehormat. Turut serta dalam larian tersebut ialah Peserta-peserta dari Penjara Malaysia ( Penjara Limbang dan Penjara Miri).

Disamping acara larian, Jabatan Penjara juga telah mengadakan acara-acara sampingan seperti booth pameran aktiviti-aktiviti dan jualan produk kraftangan Penghuni serta acara sukan ria keluarga bagi orang ramai yang diungkayahkan oleh Wakil dari Setiap Institusi-Institusi di Jabatan Penjara.

Turut hadir Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Pemangku Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Rakan-Rakan Strategik, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara serta rakan-rakan seliaan dan keluarga.


Created at 30/04/2019 14:30 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 30/04/2019 14:34 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud