Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SESI DIALOG DAN LAWATAN MUHIBAH KE PUSAT PROMOSI KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN

88237690_1427785814062807_6523246606051966976_n.jpg

07 MAC 2020

Seramai 23 orang pegawai-pegawai dari Institusi-institusi Penjara dan Bahagian Reintegrasi telah mengadakan Sesi Dialog dan Lawatan Muhibah ke Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Kunjungan rombongan dari Jabatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat mengenai Pusat tersebut dan fungsi Jabatan Psikatri.

Setelah itu, aktiviti fizikal di tempat kerja yang diamalkan oleh warga Pusat tersebut juga turut didemonstrasikan. Seterusnya, sesi perkongsian idea mengenai isu-isu penjagaan kesihatan mental kepada banduan yang merupakan pesakit mental telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut.

Selain itu juga, melalui sesi ini pihak Pusat Promosi Kesihatan akan bekerjasama dalam menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) bagi meningkatkan penjagaan banduan-banduan secara efektif di samping membantu dalam menyediakan alat ujian psikologikal berdasarkan isu-isu dominan yang dihadapi di kalangan banduan-banduan.

Setelah itu rombongan pegawai-pegawai telah dibawa melawat ke Pusat tersebut yang menunjukkan contoh suasana teraputik di tempat kerja.

Hasil daripada sesi lawatan ini juga, pihak Pusat tersebut akan memberikan bengkel kepada pegawai-pegawai di Jabatan ini berdasarkan kerelevanan dan hasil perkongsian isu-isu berkaitan. Sesi lawatan diakhiri dengan penyerahan cenderahati dari pihak Jabatan dan juga sesi bergambar ramai.

Created at 09/03/2020 15:36 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 09/03/2020 15:36 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud