Program Menyusur
Jalan Pulang merupakan program yang dianjurkan kepada bekas-bekas penghuni
lebih dikenali dengan “Rakan Seliaan” oleh pihak Perkhidmatan Kaunseling
dan Seliaan dengan kerjasama Pusat Khidmat Komuniti Annur Harapan. Antara
objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan keberkesanan program
rakan seliaan kearah penerimaan semula kepada masyarakat dan keluarga.
Program yang
dilaksanakan selama 3 hari ini bermula dari 8 hb Disember hingga 10 Disember
2015 yang diadakan di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, Bandara Seri Begawan.
Antara tentative program adalah taklimat dari agensi-agensi Kerajaan dan Swasta
serta sesi lawatan ke Syarikat Sabli Foods Industries dan Majlis Perundingan
Kampung Sungai Matan. Seramai 12 orang rakan seliaan telah menghadiri program
tersebut yang terdiri daripada bekas-bekas penghuni dari Institusi Penjara,
Brunei Darussalam.
Majlis Penutup
Program telah diadakan pada 10hb Disember 2015 dengan dihadiri oleh Tetamu
Kehormat Yang Mulia Tuan Haji Ismail bin Haji Murat, Pemangku Pengarah Penjara
pada hari tersebut. Antara aturcara program adalah ucapan alu-aluan dari
Pengerusi Majlis dan seterusnya dari Wakil Peserta . Aturcara di lanjutkan
dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Perkhidmatan Cuci
Kereta antara Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan, Jabatan Penjara dengan
Aksesori dan Perkhidmatan Auto Asma Boy. Acara disudahi dengan Majlis
Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Tetamu Kehormat, Fasilitator Program
dan juga peserta-perserta.