Pengenalan
Bahagian Teknologi Maklumat, Perhubungan
Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa adalah salah satu bahagian dalam struktur
organisasi Jabatan Penjara.
Objektif
Teknologi Maklumat
- Bertanggungjawab dalam penggunaan
teknologi maklumat yang sesuai supaya fungsi dan tugas harian di Jabatan
Penjara dapat dijalankan dengan cekap, berkesan dan menepati keperluan semasa
bagi menjamin perkhidmatan yang profesional, berkualiti serta mencapai tahap
produktiviti yang disasarkan.
Perhubungan Awam dan Hal Ehwal
Antarabangsa
- Mempromosi dasar, program dan aktiviti
Jabatan ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan
publisiti yang strategik dan berkesan.
- Mempastikan urusan hal ehwal perhubungan awam termasuk
aduan orang ramai atau pelanggan jabatan dikendalikan dengan berkesan.
- Memperluaskan maklumat jabatan seperti:-
- Menyediakan bahan-bahan akbar,
- Memberikan taklimat mengenai fungsi
& struktur
- Menyelaras perhubungan yang positif antara
Jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain.
- Bertindak sebagai jurucakap Jabatan
dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan
dengan Jabatan Penjara.
- Menjalin dan memupuk hubungan baik
dengan media tempatan dan antarabangsa secara berterusan bagi menentukan
sasaran mendapat gambaran sebenar tentang organisasi yang melibatkan dasar dan
perkembangan semasa.