Jabatan Penjara adalah sebuah agensi Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan
Negara Brunei Darussalam yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan
pentadbiran am penjara.
Jabatan ini telah ditubuhkan pada 1 Mac, 1954
setelah dipisahkan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei di bawah pentadbiran
Assistant Resident Morris dan pegawai-pegawainya terdiri dari anggota polis
tempatan.
Seorang pegawai tempatan berpangkat Penguasa
Penjara telah dilantik sebagai ketua jabatan pada 30 Disember, 1959 iaitu Yang
Mulia Dato Paduka Pengiran Haji Hidup bin Pengiran Hashim. Jawatan Penguasa
Penjara tersebut ditukar gelarannya kepada Pengarah Penjara pada 1 Januari 1985
dan penjawat pertamanya ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Haji
Mohd Said.