Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN DARIPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI ( UTB) KE PROGRAM RAKAN SELIAAN, JABATAN PENJARA.

69755642_1264215977086459_8828878199795482624_n.jpg

07 September 2019, Sumbangsih Mulia, BSB.

Seramai kira-kira 11 orang Mahasiswa daripada Universiti Teknologi Brunei ( UTB) telah mengadakan lawatan ke Program Rakan Seliaan. Dalam lawatan tersebut Mahasiswa2 berkesempatan melihat lebih dekat lagi program2 kerjasama yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Aftercare seperti Khidmat Cuci Kereta, penjualan hasil kraftangan dan penyediaan resepi kek dan makanan western.

Program kerjasama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu peserta Program Rakan Seliaan untuk mendapatkan pendapatan dan membuka peluang menceburi perniagaan mikro dan kecil kecilan yang berpotensi membantu mereka berdikari dan menjana pendapatan melalui perusahan yang dibuat. Taklimat telah disampaikan oleh Hj Mustafa bin Hj Masri, Pengerusi JawatanKuasa, Hjh Juhana bte Hj Md Jaya Timbalan Pengerusi JawatanKuasa dan Hj Majli bin Hj Hassan, Setiausaha Jawatankuasa.

Turut hadir dalam taklimat dan lawatan ialah Ahli ahli Jawatankuasa Aftercare dan pegawai-pegawai Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara.

Created at 09/09/2019 12:07 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 09/09/2019 12:08 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud