Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PROGRAM USRAH DAN PEBUKAAN TEDARUS RAKAN SELIAAN, BAHAGIAN REINTEGRASI JABATAN PENJARA.

59861908_1176899029151488_3172910714872397824_n.jpg

Diadakan pada hari Sabtu 11 Mei 2019 bertempat di Surau Pusat 

Program ini adalah dianjurkan oleh Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara dan Bahagian penyebaran Da'wah (Kaunseling), Pusat Da'wah Islamiah dengan kerjasama Jawatankuasa Aftercare (PROTEM) Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1440H. Antara pengisian program ini ialah ceramah yang disampaikan oleh Pg.Norhayati binti Pg hj Kasharan, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah (Kaunseling) untuk mendapatkan keberkatan, mengimarahkan bulan Ramadhan dan membudayakan membaca Al-Quran.

Program ini turut dihadiri oleh Ustaz Hj Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohd Ali Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah, Hj Mustapa bin Hj Masri Pengerusi Aftercare, pegawai-pegawai daripada Bahagian Penyebaran Da'wah, Bahagian Reintegrasi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Aftercare.



Created at 13/06/2019 13:40 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 20/06/2019 09:27 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud