Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN MUHIBBAH KE PUSAT KAUNSELING ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB)

53178324_1135087446665980_2699918709731885056_n.jpg

Sesi Lawatan Muhibbah dari Jabatan Penjara yang terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Reintegrasi, Timbalan Pegawai Memerintah (Pemulihan), pegawai-pegawai dari Bahagian Vokasional, pegawai-pegawai dari Bahagian Pemulihan serta mahasiswi UBD telah diadakan pada 5 Mac 2019 bertempat di Pusat Kaunseling Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Kehadiran rombongan Jabatan Penjara telah disambut baik oleh Leftenan Dayang Azyan Saffiyah binti Nur Dahlan yang juga menyampaikan taklimat pada pagi itu.

Di samping memfokuskan perkhidmatan kaunseling untuk penghuni dan ahli keluarga dalam proses pengintegrasian semula ke pangkuan masyarakat, Bahagian Reintegrasi juga telah memperluaskan perkhidmatannya kepada warga Jabatan Penjara yang memerlukan sama ada secara sukarela atau rujukan.

Hal ini juga telah ditekankan dalam ucapan Pehin Menteri KHEDN sempena Hari Penubuhan Jabatan Penjara yang ke-65 pada 1 Mac yg lalu yang mana YB Pehin ada menyentuh mengenai permasalahan dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara. Keperluan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada warga adalah meningkat dengan adanya isu ekonomi, sosial media dan buli siber. Masa depan dan kecemerlangan sesebuah organisasi terletak pada kesejahteraan warga staf kerana ia merupakan tulang belakang dan nadi penggerak.

Maka dalam merealisasikan misi dan visi Jabatan Penjara, keperluan dan kesejahteraan warga staf perlu diutamakan.
Adalah dihasratkan agar hasil lawatan hari ini menghasilkan input yang berharga untuk diaplikasikan pada perkhidmatan kaunseling untuk warga Jabatan Penjara.


Created at 09/03/2019 15:56 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud
Last modified at 11/03/2019 09:13 by Ak Md Amirudin Bin Pg Hj Md Daud