Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT PROGRAM LATIHAN / INTERNSHIPS DAN PENEMPATAN KERJA

taklimat 1.jpg

TAKLIMAT PROGRAM LATIHAN / INTERNSHIPS DAN PENEMPATAN KERJA

Diadakan pada hari Isnin 31 Disember 2018, di Institusi Penjara Wanita, Jerudong.

Taklimat ini khusus kepada penghuni dalam peringkat pra-bebas dan disampaikan oleh wakil-wakil daripada Jawatankuasa Aftercare (PROTEM) Brunei Darussalam, RH Amanina, Riza Group dan Seantaro Services yang telah berkolaborasi dalam Program Rakan Seliaan (“Aftercare”).

Dengan adanya kolaborasi ini peserta program rakan seliaan akan berpeluang diberikan latihan dan penempatan kerja dalam bidang atau sektor perusahan yang bersesuaian yang akan dapat membantu mereka mendapat pekerjaan dan pendapatan apabila mereka kembali kepangkuan masyarakat. Sasaran jangka pendik program ini adalah bagi memberikan mereka sumber pendapatan bagi memenuhi keperluan aspek kehidupan dan asasi kepada mereka serta keluarga, dan seterusnya supaya mereka mampu berdikari dan turut menyumbang kepada perekonomian dan kesajahteraan masyarakat. Melalui program seumpama ini adalah dihasratkan lebih ramai lagi yang akan menyertai program rakan seliaan bagi membantu mereka dalam proses reintegrasi kelak.

Program ini adalah kerjasama Bahagian Reintegrasi, Institusi-Institusi dibawah Jabatan Penjara dan pihak NGOs.

Created at 24/01/2019 10:03 by Siti Habibah binti Haji Mahbub
Last modified at 24/01/2019 10:06 by Siti Habibah binti Haji Mahbub