Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENUTUP PROGRAM MENYUSUR JALAN PULANG RAKAN SELIAAN 1437H/2015M

Penyampaian sijil kepada peserta program.jpg

Program Menyusur Jalan Pulang merupakan program yang dianjurkan kepada bekas-bekas penghuni lebih dikenali dengan “Rakan Seliaan” oleh pihak Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan dengan kerjasama Pusat Khidmat Komuniti Annur Harapan. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan keberkesanan program rakan seliaan kearah penerimaan semula kepada masyarakat dan keluarga.

 

Program yang dilaksanakan selama 3 hari ini bermula dari 8 hb Disember hingga 10 Disember 2015 yang diadakan di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, Bandara Seri Begawan. Antara tentative program adalah taklimat dari agensi-agensi Kerajaan dan Swasta serta sesi lawatan ke Syarikat Sabli Foods Industries dan Majlis Perundingan Kampung Sungai Matan. Seramai 12 orang rakan seliaan telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada bekas-bekas penghuni dari Institusi Penjara, Brunei Darussalam.

 

Majlis Penutup Program telah diadakan pada 10hb Disember 2015 dengan dihadiri oleh Tetamu Kehormat Yang Mulia Tuan Haji Ismail bin Haji Murat, Pemangku Pengarah Penjara pada hari tersebut. Antara aturcara program adalah ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis dan seterusnya dari Wakil Peserta . Aturcara di lanjutkan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman  Perkhidmatan Cuci Kereta antara Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan, Jabatan Penjara dengan Aksesori dan Perkhidmatan Auto Asma Boy. Acara disudahi dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada Tetamu Kehormat, Fasilitator Program dan juga peserta-perserta.

Created at 12/12/2015 09:00 by Ilham Bin Hj Mohamed
Last modified at 14/12/2015 08:45 by Ilham Bin Hj Mohamed